Saturday 8 September 2012

PUSAT LATIHAN POLIS BANTUAN FELDA, BUKIT ROKAN GEMENCHEH N.SEMBILAN
 
 
 
Terletak dikawasan perkampungan Felda Bukit Rokan dengan suasana yang nyaman, indah serta penuh ketenangan yang amat sesuai untuk peserta dan tetamu yang ingin melihat kehidupan harian warga peneroka Felda.
 
Perjalanan yang hanya mengambil masa kira-kira 1jam30minit dari bandaraya Kuala Lumpur dan hanya 30minit dari Lebuhraya Plus Utara Selatan melalui persimpangan Simpang Ampat, Melaka, pekan Gemencheh dan terus ke Bukit Rokan dengan suasana pemandangan yang penuh kehijauan dikiri dan kanan perjalanan melalui perkampungan tradisional begitu mempersona dan menakjubkan.
 
Pusat Latihan Polis Bantuan Felda kini menawarkan tempat penginapan penuh berhawa dingin dengan pelbagai kemudahan bersesuian bagi kursus-kursus, Bengkel, Program Team-Building, Majlis-majlis keramaian serta Perkhemahan yang boleh menampung lebih 300 peserta pada satu-satu masa. Dengan hidangan makanan tradisional tempatan, pastinya akan menyelerakan dan memberi kenangan manis buat peserta dan tetamu yang mengunjungi disini.

BROSURE PUSAT LATIHAN POLIS BANTUAN FELDA